Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum.... Pihak Admin ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga SK Kongsi. Semoga pada tahun 2011 ini, semua pihak akan mengambil langkah yang proaktif dalam mencapai segala sasaran yang telah ditetapkan.

Selamat Maju Jaya

Admin

Khamis, 11 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010 !!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera....

Hari ini KHAMIS 11 NOVEMBER 2010 keputusan UPSR 2010 diumumkan. Keputusan 5A 2010 ( 7 orang ) menurun berbanding tahun 2009 ( 17 orang ). Namun begitu, keputusan keseluruhan dari segi GPS dan PERATUSAN telah meningkat @ lebih berkualiti. Sekalung tahniah kepada murid yang berjaya mendapat keputusan 5A. Juga ucapan tahniah kepada tenaga pengajar dan seluruh staf SK Kongsi dalam keputusan yang amat baik ini.
Kepada calon yang mendapat keputusan 4A 1B seramai 11 orang, 3A 2B dan lain-lain keputusan, diucapkan tahniah dan berusaha lagi dengan lebih gigih dalam peperiksaan peringkat sekolah menengah. Semoga kalian beroleh kejayaan yang lebih cemerlang.

Selamat Maju Jaya

Admin.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Jamuan Akhir Tahun SKK 2010

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh da salam sejahtera...

Pada hari ini, Jumaat (29 Oktober 2010) bertempat di Hotel Equatorial, Pulau Pinang, Badan Kebajikan Guru dan Staf, SK Kongsi telah mengadakan jamuan akhir tahun bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Selain jamuan akhir tahun ianya juga diadakan untuk meraikan guru yang telah bertukar tempat bertugas, iaitu Cikgu Ridzwan Zainal Abidin serta Pn Norhamiza yang tidak dapat hadir dan staf sokongan, En Mat Yusoff Bin Nasir yang akan tamat kontrak pada 31 Disember 2010.
Dalam ucapan Guru Besar, En Mohd Saad Bakar, beliau berharap keakraban seperti yang ditunjukkan dalam majlis ini akan berterusan. Seterusnya beliau menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Ridzwan dan En Mat Yusoff dalam satu majlis ringkas.
Gambar kenangan semasa majlis akan dimuatnaik selepas ini, harap maklum.

Sekian.

Admin

Isnin, 25 Oktober 2010

Guru SK Kongsi pada awal 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010 (PKSR 2)

Assalamualaikum..

Bermula hari ini, 25 Oktober hingga 29 Oktober 2010 ( Jumaat ), para pelajar SK Kongsi akan menghadapi peperiksaan akhir tahun yang bakal menentukan pencapaian mereka. Pihak Admin, Pentadbiran Sekolah serta guru-guru SK Kongsi mengucapkan selamat berjaya dan InsyaAllah kejayaan akan bersama anda.

Sekian,

Admin

Ahad, 24 Oktober 2010

Lawatan Murid Tahun 6 ke Kuala Lumpur 2010

Assalamualaikum...

Pada 14-16 Oktober lalu, seramai 38 murid dan 6 guru pengiring telah melawat Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Antara tempat lawatan:
1. Jambatan Menara Berkembar
2. Petrosains
3. Aquaria
4. Planetarium Negara
5. Pusat Kraftangan, Jln Conlay

Tempat tinggal : KL International Hotel, Kg Baru.

Sekian, terima kasih

Admin

Jumaat, 2 April 2010

Aktiviti Terkini

Salam 1 Malaysia...

Antara aktiviti yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kongsi setakat ini adalah
1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 yang dirasmikan oleh ADUN Bayan Lepas mewakili ADUN Balik Pulau.
2. Raptai Sukan SK Kongsi pada hari Rabu (31/03/10) dan Khamis (01/04/10)

Aktiviti yang bakal diadakan ialah Kejohanan Sukan SK Kongsi 2010 pada hari Sabtu, 3 April 2010. Oleh itu, semua warga SK Kongsi, para waris dan bekas pelajar adalah dijemput untuk memeriahkan lagi temasya pada hari tersebut. Semoga temasya tersebut akan mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuwataala.

Sekian,
Admin.